bed rotting | dekam katil | Umum | Tiada | Tabiat seseorang yang suka menghabiskan masa bersantai di atas katil pada siang hari. |
bunk bed | katil bertingkat/pangkin bertingkat | Pelancongan | Tiada | Tempat tidur yang dipasangkan pada dinding kapal atau kereta api. |
pillow talk | bual sebelum tidur | Umum | Tiada | Perbualan antara pasangan di atas katil, kebiasaannya sebelum mereka tidur. |
pineapple | motif nanas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Motif hiasan berbentuk nanas yang terdapat pada kepala katil dan perabot lain. Di England dan Amerika, motif ini biasanya digunakan pada kemasan kepala pintu utama sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu. |
sleep divorce | pisah tidur | Umum | Tiada | Pasangan suami isteri yang memilih untuk tidur di katil yang berasingan |
dust ruffle | ropol habuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan fabrik atau kambi yang tergantung di hadapan kaki katil sehingga ke lantai untuk menghalang habuk. Ropol habuk juga boleh dijadikan sebagai salah satu daripada unsur hiasan bilik tidur. |
convertible sofa | sofa boleh tukar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sofa yang disudahkan dengan upholsteri yang boleh diubah menjadi katil. |
alcove | alkof | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang kecil di dalam bilik yang dibina melalui tebukan dinding dengan menyesuaikan saiz katil. Istilah ini berasal daripada kata Arab, iaitu al-qubbah, tetapi dalam bahasa Sepanyol, dikenali sebagai alcoba. Alkof banyak dibina pada abad ke-18 di negara Eropah. |
fringe | pita rumbai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan daripada benang kasar yang digunakan untuk menjahit baju atau tali pintal yang tergantung bagi menutup bahagian bawah perabot. Contohnya, katil dan sofa. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |