concise | padat | Kesusasteraan | Puisi | Ketelitian dan keterampilan dalam pemilihan kata yang sesuai dan tepat dalam pembentukan baris. Contohnya, puisi 'Harapan' karya Latiff Mohidin. setiap malam kau rebahkan kau rebahkan setiap sayap mimpi ke atapnya begitu berat. |
ambiguity | ambiguiti | Kesenian | Drama dan Teater | Pengucapan sesuatu idea dalam bahasa yang mempunyai lebih daripada satu makna dan meninggalkan kesan kesamaran dari segi maksud sebenar ekspresi yang terkandung dalamnya. Penggunaan gaya pengucapan ini boleh disengajakan oleh pengkarya atau pengucapnya. Contohnya, pengucapan oleh watak Adam, iaitu “aku adalah kau dan kau adalah aku” dalam drama Bukan Bunuh Diri, karya Dinsman. |
heptastich | saptabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris) |
monosyllabic | ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan suku kata atau diksi yang terjadi daripada satu kata seperti yang, kau, pun, dan, tak dan nyah. Contohnya, perkataan yang dalam puisi "Demi Hari yang Kutemui" yang dipetik 'Hari ini aku yang masih di sini'. |
masculine ending | akhiran ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
expressionistic | ekspresionistik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang lahir daripada perasaan penyair sebagai pengucapan peribadinya. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. Sinonim luah rasa. Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang'kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu-sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulan yang terbuang |
mantera | mantera | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih. |
enjambement | sambung baris | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa atau gaya pengucapan puisi yang mematahkan atau memutuskan baris-baris puisi dan disambungkan pada baris berikutnya. Sifat gaya bahasa demikian biasanya menggunakan tanda noktah di tengah baris dan barisnya tidak tengkap maknanya. Contohnya, petikan dari puisi "Bunga Bulan" karya Suhaimi Haji Muhammad. Ini sekalung bunga untukmu. Bukalah matamu tundukkan lehermu kau takkan layu-layu. Manusia di bawah batu kami usap lukamu tapi cemburu dan seruan kini buat kami. Tidak untukmu. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda |