Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kaun.se.lor] | کاءونسلور

Definisi : orang yg (layak) menjadi pembim­bing dan penasihat kpd orang lain yg meng­hadapi masalah, orang yg berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaunselor (kata nama)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pembimbing, penasihat, perunding, pakar runding.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nondirective approachpendekatan tidak berpetunjukPsikologiPsikologi UmumPendekatan yang memotivasikan klien untuk menyedari potensinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa diberi petunjuk oleh kaunselor. Sebaliknya, kaunselor memberikan pengakuan positif tanpa syarat dengan menerima apa-apa yang dilahirkan oleh klien dengan sifat terbuka, mesra dan berempati. Dengan mewujudkan suasana yang menyakinkan seperti ini, klien dapat membuat keputusan yang boleh memperbaik kehidupan mereka. Pendekatan ini sering digunakan oleh kaunselor dalam terapi berpusatkan klien.
Board of CounselorLembaga KaunselorPendidikanTiada

 Perbadanan yang berkuasa dan dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menilai pemberian perkhidmatan, latihan kaunselor, tatatertib kaunselor dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling seperti yang termaktub dalam Akta Kaunselor 1998.

directive counselingkaunseling terarahPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang melibatkan kaunselor memberikan nasihat positif dan interpretasi di samping menyarankan jenis personaliti yang harus diterokai. Contohnya, kaunselor mencadangkan supaya klien mengubah tingkah laku yang negatif dengan memilih personaliti yang lebih positif.
counselor actakta kaunselorPendidikanTiada

 Akta yang memperuntukkan pendaftaran dan amalan kaunselor serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

registered counselorkaunselor berdaftarPendidikanTiada

 Pengamal kaunseling yang didaftarkan di bawah seksyen 26 dan 27 Lembaga Kaunselor Malaysia dan dibenarkan menjalankan aktiviti kaunseling.

counselorkaunselorPendidikanTiada

 Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pen-didikan, pengurusan dan Iain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan

co-counselingkaunseling bersamaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling tanpa ahli terapi yang dilakukan secara berpasangan melalui kaedah main peranan. Kedua-dua orang klien secara bertukar ganti memainkan peranan sebagai kaunselor dan klien. Contohnya, satu pihak berperanan menjadi kaunselor dan satu pihak lagi menjadi klien.
counsellorkaunselorPendidikanTiadaSeseorang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, terutama tentang pengajaran dan pembelajaran.
counsellorkaunselorPentadbiranTiadaTiada
counsellorkaunselorSains PolitikTiadaTiada
123

Kembali ke atas