amniotic cavity | kaviti amnion | Kejururawatan | Tiada | Kaviti yang mengandungi cecair amnion dan embrio. |
viscera | visera | Kejururawatan | Tiada | Organ di dalam kaviti badan. Contohnya, di dalam kaviti torasik terdapat paru-paru dan jantung. |
abdominal cavity | kaviti abdomen | Kejururawatan | Tiada | Bahagian di antara diafragma dengan pelvik yang mengandungi hepar, pundi hempedu, gaster, pankreas, limpa dan usus. |
empyema | empiema | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan nanah dalam kaviti pleura, biasanya akibat jangkitan dalam paru-paru atau dalam ruang di bawah diafragma. Sinonim: pyothorax. |
ascites | asites | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan cecair dalam kaviti peritoneum. |
peritoneum | peritoneum | Kejururawatan | Tiada | Membran serus yang mengalas kaviti abdomen dan menutupi kebanyakan organ di abdomen. |
pneumothorax | pneumotoraks | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran udara di dalam kaviti pleura yang mungkin disebabkan oleh lepuh, penyakit sekatan kronik pulmonari (COPD), atau kepatahan tulang rusuk. Ciri klinikalnya adalah sukar bernafas, sakit pada bahagian dada semasa menarik nafas dan sianosis. |
endocardium | endokardium | Kejururawatan | Tiada | Membran nipis yang menyelaputi kaviti jantung dan permukaan tisu perantara jantung. |
hernia | hernia | Kejururawatan | Tiada | Pembonjolan organ atau tisu dari kaviti asalnya kerana kelemahan tisu yang menyokongnya. |
abscess | absess | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan nanah setempat dalam sesuatu kaviti yang terbentuk oleh tisu yang musnah. |