kawi | kawi | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin. |
kawi | kawi | Kesusasteraan | Puisi | Penyair atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim penyair. |
poet | penyair | Kesusasteraan | Puisi | Lihat kawi. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Tiada | Versi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya �Kakawin Kawin�. |