Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ya.ngan] | کايڠن

Definisi : tempat kediaman segala dewa, keinderaan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ya.ngan] | کايڠن

Definisi : negeri yang-yang, tempat dewa­ dewa; ®yang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ya.ngan] | کايڠن

Definisi : tempat kediaman dewa-dewa; keinderaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayangan

Puisi
 

Negeri Perlis Indera Kayangan,
     Tuanku Raja Syed Alwi;
Kalau boleh bang duk angan-angan,
     Aku nak puasa tiga hari.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epic fantacyfantasi epikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping
bestiarybestiariKesusasteraanTiadaKarya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili

Kembali ke atas