merchantable volume | isi padu boleh niaga | Perhutanan | Tiada | Jumlah kayu yang terdapat dalam suatu pokok atau suatu dirian hutan yang boleh diniagakan. Jumlah ini boleh termasuk kayu-kayu cacat. |
dowel | pasak kayu bulat | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu. 2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot. |
stacked valume | isi padu susunan | Perhutanan | Tiada | Jumlah ruang yang dipenuhi oleh satu longgokan dimensi luarnya. Bentuk kayu yang disusun boleh terdiri daripada kayu bulat, kayu belahan atau kayu gergaji. |
sleeper | landasan | Perhutanan | Tiada | 1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan. |
ash | ash | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras yang mudah dilenturkan, berwarna seakan-akan jerami dan mempunyai ira seperti kayu oak. Kayu ini banyak terdapat di negara yang mempunyai iklim suhu sederhana, seperti benua Eropah dan Amerika Utara. Kayu bermutu tinggi ini digunakan untuk menghasilkan perabot mewah atau dijadikan sebagai sebahagian daripada struktur bangunan. |
cherry wood | kayu ceri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Jenis kayu yang berwarna coklat pucat dan akan menjadi semakin gelap apabila usia kayu semakin bertambah. Kayu ini mempunyai urat yang halus dan sesuai untuk dibuat ukiran. |
medium density fibreboard | papan gentian ketumpatan sederhana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur |
green density | ketumpatan basah | Perhutanan | Tiada | Jisim kayu bedasarkan berat kayu basah per isi padu kayu yang disukat pada keadaan yang sama. |
cord | kord | Perhutanan | Tiada | Unit isi padu kayu yang digunakan untuk susunan kayu bulat atau kayu belahan dan berdasarkan kepada dimensi luar (4 x 4 x 8) kaki atau 128 kaki padu. Unit ini biasanya digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat dan Kanada. |
redwood | pokok kayu merah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu lembut dalam famili pain yang digunakan untuk panel dan perabot luar rumah. Kayu ini sangat kukuh dan tahan lama. Pokok kayu merah terdapat di Amerika, khususnya di utara California. |