Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yuh] | کايوه

Definisi : alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : ; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : gulung (kain putih, cita, dll); ®ka­yu II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : , = pengayuh 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. berkayuh 1 naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung: Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2 merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung: Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. mengayuh 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. mengayuhkan mengayuh utk: Kerana saya tidak pandai berkayuh, dialah yg ~ saya ke hulu. kayuhan gerakan kaki atau tangan utk mengayuh; hasil mengayuh: ~ Rosman sangat pantas. pengayuh 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Tuan kayuh orang berempat,
     Tuan menuju ke rumah raja;
Kalau sampai di Batu Pahat,
     Macam menitik air mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Riuh seperti Cina karam.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclogyrosiklogiroAeroangkasaTiadaSebuah pesawat rotor yang menggunakan kuasa kayuh untuk bergerak ke hadapan.,Sebuah pesawat rotor yang menggunakan kuasa kayuh untuk bergerak ke hadapan.
backwaterkayuh belakangPelayaranTiadaMenolak dayung ke arah bertentangan dengan pergerakan bot untuk menghentikan kemaraan bot, atau menghalanya ke belakang.
trudgingkayuh kaki(sukan air)PendidikanTiadaTiada
trudgingkayuh kaki(sukan air)SukanTiadaPerenang dan pemain yang menggunakan kedua-dua kaki untuk mengayuh, sambil mengapungkan badan di permukaan air pada sukan renang dan polo air.
backpaddlekayuh belakangSukanTiadaTiada
pedalpedal; kayuhKesenianTiada3. Mekanisme untuk menukar pic.
pedalpedal; kayuhPerubatanTiadaTiada
pedalpedal; kayuh;injakKejuruteraanTiada4. Injak: Tuil yang dijalankan dengan menggunakan kaki.
pedalpedal; kayuh; pedPertanianTiadaTiada
paddleboardpapan kayuhSukanTiadaTiada
123

Kembali ke atas