toe | toe | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak di antara bahagian hadapan dua roda depan sama ada mengarah ke dalam (toe ke dalam) atau ke luar (toe ke luar), yang diukur dalam inci, milimeter atau darjah. |
port-to-port coverage | perlindungan pelabuhan ke pelabuhan | insurans | Tiada | 1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju. |
oscillating | ayunan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pergerakan ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang. |
supination | supinasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi. |
reciprocating motion | gerakan salingan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pergerakan ke atas dan ke bawah secara berulang-ulang di antara kedudukan pusat mati atas (TDC) dengan pusat mati bawah (BDC) |
parallel edge | tepian selari | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang. |
piston | omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silinder enjin. |
Whiggism | Whiggisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan. |
lateral flexion | fleksi lateral | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan tubuh atau leher yang menghala ke kiri atau ke kanan satah frontal pada paksi anteroposterior. Lihat juga satah frontal, paksi anteroposterior. |
croft | krof | Kesenian | Hiasan Dalaman | Nama reka bentuk kabinet yang digunakan pada abad ke-18 dan ke-19 untuk menulis dan menyimpan barang. |