change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
penumbra | penumbra | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman. |
heroic couplet | kuplet wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk rangkap puisi yang terdiri daripada dua baris berima (biasanya dalam bentuk a, a) dan menggunakan iambic pentametre, iaitu sepuluh suku kata dengan lima tekanan. Bentuk ini berpunca daripada penggunaannya dalam puisi epik dan drama. Kuplet wiraan merupakan bentuk matra yang biasa digunakan terutamanya pada kurun ke-18. Bentuk ini dimantapkan oleh penyair Inggeris, Elexander Pope yang mempelbagaikan baris rangkap dan memecahkannya kepada jeda. Pope menggunakannya dalam satira, esei berangkap, dan rangkap puisi wiraan olokan. Contoh kuplet wiraan dalam karya Pope berjudul Epistle II: To A Lady: Of the Characters of Women adalah seperti yang berikut: Notihing so true as what you once let fall, Most women have no characters at all. Lihat juga epik olokan, pentameter iambik, wiraan olokan. |
historical play | drama sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Drama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960. |