Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke bawah

Puisi
 

Berebab orang atas lepau,
     Turun ke bawah berbiola;
Kan bercampur sutera dengan akau,
     Berhiba hati benang biola.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
down strokegoresan ke bawahPentadbiran PerniagaanTiadaGoresan ke bawah: Goresan trengkas yang ditulis mulai dari atas ke bawah.
epinastyepinastiBotaniTiadaKeadaan bahagian tumbuhan yang membengkok ke bawah ke dalam keadaan tertentu. Contohnya, daun yang membengkok ke bawah akibat pengaruh etilena. Lihat juga etilena.
dive downwardselam ke bawahPerikananTiadaPergerakan penyelam dari permukaan air menuju ke bawah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan perubahan tekanan air berlaku secara mendadak. Semasa turun ke bawah, penyelam perlu mengimbangi tekanan udara pada setiap beberapa meter kedalaman bagi mengelakkan kemudaratan pada gegendang telinga, hidung dan paru-paru.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
الفرعketurunan ke bawahAgama IslamFiqhSalasilah keturunan seseorang ke bawah. Contohnya anak, dan seterusnya.
bearing downpeneranan ke bawahKejururawatanTiadaRefleks ibu meneran akibat kontraksi dan retraksi uterus untuk menolak fetus ke bawah melalui salur vagina.
differential aileronsaileron kebezaanAeroangkasaTiadaSudut aileron yang dipesongkan secara nisbah antara gerakan ke atas dan ke bawah. Contohnya satu darjah ke atas dan yang satu lagi tiga darjah ke bawah.,Bahagian struktur utama yang merentangi sayap atau permukaan kawalan.,Juruterbang yang ditugaskan untuk membuat penerbangan ujian.,Sudut aileron yang dipesongkan secara nisbah antara gerakan ke atas dan ke bawah. Contohnya satu darjah ke atas dan yang satu lagi tiga darjah ke bawah.
rhizophorerizoforBiologiHistologi dan SitologiCabang lokos yang tumbuh ke bawah ke dalam tanah dan hujungnya mengeluarkan akar, seperti lumut cokmar.
declinekemerosotan; kemunduran; menurunKejuruteraanTiada2. Berada pada arah menuju ke bawah daripada pengufuk atau condong ke bawah.,3. Menjadi kurang secara berterusan, daripada segi bilangan atau kecekapan.Biasanya ia menandai bahawa titik puncak telah pun dilalui.
deep percolationpenelusan dalamKejuruteraanTiadaAir hujan yang telus masuk ke bawah ke kawasan storan di strata subpermukaan.
12345678910...

Kembali ke atas