cartwheel axis | paksi putar roda | Sains Sukan | Biomekanik | Paksi yang merentasi dari hadapan badan ke belakang badan. |
sagittal plane | satah sagital | Sains Sukan | Biomekanik | Satah yang membahagikan badan kepada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan. Satah ini merentas dari hadapan ke belakang badan. Antara pergerakan asas yang utama pada satah ini ialah fleksi dan ekstensi. Lihat juga fleksi, ekstensi. |
end play | lega hujung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jarak gerakan aci engkol atau aci sesondol ke hadapan dan ke belakang pada paksi aci akibat perbezaan jarak bebibir aci dengan panjang galas. Jarak ini diperlukan untuk membenar- kan aci berputar dengan sempurna dan mengurangkan geseran antara aci dengan galas. |
rocking vibrational mode | mod getaran goyang | Kimia | Kimia Analisis | Mod getaran dalam spektroskopi inframerah yang melibatkan unit struktur bergoyang ke hadapan dan ke belakang dalam satah simetri molekul. |
backmasking | bunyi balikan | Muzik | Tiada | Teknik rakaman melibatkan bunyi atau mesej rahsia yang direkodkan dengan sengaja ke belakang trek rakaman tersebut untuk diputarkan ke hadapan. |
pronation | pronasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi. |
stock sport | sukan stok | Sukan | Tiada | Permainan di atas permukaan rata dengan pemain memegang dan mengayunkan stok ke depan dan ke belakang sebelum melepaskan objek tersebut ke arah sasaran. |
ice stock sport | sukan stok ais | Sukan | Tiada | Permainan di atas permukaan ais dengan pemain memegang dan mengayunkan stok ke depan dan ke belakang sebelum melepaskan objek tersebut ke arah sasaran. |
in media res | in medias res | Kesusasteraan | Tiada | Teknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali. |
active stretching | regangan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan sendiri oleh pelaku untuk mengurangkan risiko kecederaan otot. Regangan ini memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contohnya, seseorang yang berada pada posisi menyergap (keadaan salah satu kaki dibengkokkan pada sudut 90�, manakala sebelah kaki lagi dihalakan ke belakang). Pada kedudukan ini, otot kaki digunakan untuk mengimbangi badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki. |