toe-out | toe ke luar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak di antara bahagian hadapan dua roda depan yang mengarah ke luar, yang diukur dalam inci, milimeter atau darjah. |
toe | toe | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak di antara bahagian hadapan dua roda depan sama ada mengarah ke dalam (toe ke dalam) atau ke luar (toe ke luar), yang diukur dalam inci, milimeter atau darjah. |
toe-out on turns | toe ke luar semasa berpusing | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perbezaan sudut antara setiap roda depan dengan rangka kenderaan semasa membelok. |
export | eksport | Ekonomi | Tiada | Penjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans. |
centrifugal structure | struktur emparan | Kesusasteraan | Tiada | Struktur sajak yang bergerak ke luar dari pusatnya. Gerakan melalui beberapa lapisan dan sudut pandangan sehingga kepada hujahan utama sajak tersebut. Sajak merangkumi pelbagai imej dan konsep yang berbeza tetapi dihubungkaitkan dengan nada dan tema. Sajak sedemikian mempunyai struktur dan tema yang luas dan longgar sehingga dapat menampung isi yang pelbagai dan menyimpang. Lihat juga struktur memusat. |
centrifugal force | daya emparan | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang mengarah ke luar pusat putaran. Daya emparan bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah dan berkurang apabila saiz jejari bertambah. |
international excursionist | pelawat harian antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Individu yang berkunjung ke luar negara tanpa bermalam. |
international itinerary | jadual perjalanan antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Senarai terperinci mengenai lawatan ke luar negara, termasuk destinasi yang akan dikunjungi dan pengangkutan yang akan digunakan untuk bergerak di antara destinasi tersebut. |
export tax | cukai eksport | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport. |
urethritis | uretritis | Herba | Fitoterapi | Keradangan saluran uretra, iaitu saluran yang membawa urin keluar dari pundi kencing ke luar badan. |