Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke mari: ia berlari ke sana dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke sini

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(24)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
electric sparkbunga api elektrikKimiaKimia AnalisisDiscas elektrik berkilau yang terbentuk di antara dua elektrod apabila beza keupayaannya tinggi misalnya, 10 000 – 30 000 volt dikenakan ke atas kedua-dua elektrod itu. Tenaga yang terhasil di sini lebih besar daripada yang terhasil oleh arka elektrik. Digunakan sebagai salah satu sumber pengujaan dalam spektrografi pancaran. bd. arka elektrik.
headless linebaris tanpa awalKesusasteraanPuisiAyat yang tidak mempunyai sebarang dasar. Contohnya, judul yang diberikan oleh penyair pada puisi yang dicipta seperti puisi "Perjalanan Dua Lima yang Kedua" karya Jaafa Hs. telah lama aku berdiri di sini bumi ini kurasakan panasnya bergerak dan menggigit pinta kebebasan meledak dan menjerit tapi tidak ke mana inilah amanatnya sebuah penghidupan sebuah hati berpalang ...
tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.

Kembali ke atas