digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �pergi ke tepi�. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik. |
mushroom coral | karang cendawan | Sains Marin | Tiada | Karang yang berbentuk bujur seperti cendawan dengan bahagian permukaannya memiliki banyak bonjolan seperti bukit beralur dari tepi hingga ke pusat tengahnya. |
piecrust table | meja kerak pai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja kayu kecil berbentuk bulat dengan hiasan tepi bersulam biku yang diperkenalkan pada abad ke-18. Meja kecil ini mempunyai tiga kaki yang disambung ke permukaan bawah meja oleh sebatang kayu penyokong. |
gat | gat | Sains Marin | Tiada | 1. Bahagian alur tepi pesisir laut atau selat yang memisahkan kepulauan luar pesisir dengan tanah besar. 2. Pembukaan kawasan cenuram atau cerun laut yang membolehkan perhubungan kawasan pedalaman ke kawasan pinggir laut. |
street theatre | teater jalanan | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang biasanya dilakonkan di tepi jalan raya. Persembahan teater ini memanfaatkan improvisasi, lakonan, dan dialog yang spontan. Para penonton dan orang awam kerap dibawa masuk ke dalam persembahan. |
edge wave | gelombang pinggir | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang wujud terutama di tepi garis pemutus dan tersebar di sepanjang pantai. Gelombang ini dihasilkan oleh gelombang tuju dengan amplitud yang maksimum di garis pantai dan berkurang dengan cepat ke arah laut. |
backgammon table | meja backgammon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berukuran 1144 mm persegi yang mempunyai laci di kedua-dua tepi meja untuk permainan backgammon. Meja ini diperkenalkan pada zaman pertengahan dan menjadi terkenal pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja dan gabungan bod backgammon yang dilekatkan di atas meja. Kebanyakan meja backgammon diperbuat daripada kayu ash atau mapel. Bahan seperti marmar, kulit atau batu digunakan bagi membentuk pelbagai corak pada meja ini. |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
bergere | bergere | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi yang mempunyai tempat bersandar, yang bersambung dengan tempat duduk serta tempat letak tangan dan dihasilkan dengan gaya Louis XV dari Perancis. Reka bentuknya dikemaskan dengan upholsteri di kedua-dua bahagian tepi, penyandar belakang yang berbentuk melengkung dan bingkai berukir. Gaya ini telah bermula pada abad ke-18 dan terkenal hingga kini. |
quatrain | kuatrin | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya. |