Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ga.ma.an] | کأݢاماءن

Definisi : perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ga.ma.an] | کأݢاماءن

Definisi : (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keagamaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secular statenegara sekularSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
ancestral hallbalai leluhurKeagamaanTiadaBangunan peringatan yang digunakan untuk menghormati roh nenek moyang dan memperingati hari kelahiran serta kematian mereka.
symbol manipulationmanipulasi simbolSains PolitikPolitik PerbandinganSimbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha.
theocracyteokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendakwa mewakili kekuasaan tuhan untuk mendapatkan keabsahan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk berlandaskan unsur ketuhanan atau keagamaan. Kerajaan sedemikian wujud semasa masyarakat belum dapat memisahkan kedudukan pemerintah atau raja dengan agama. Segala undang-undang, peraturan umum, sistem ekonomi, percukaian, pendidikan dan peraturan sosial kerajaan ini berasaskan keagamaan. Contohnya, kerajaan Eropah yang dikuasai oleh institusi gereja sebelum zaman kegemilangan atau Renaissance.
tantratantraKesusasteraanTiadaPenulisan keagamaan Hindu atau Buddha yang membicarakan perkara mistik dan magis.
psalmmazmurKesusasteraanPuisiKelompok puisi keagamaan yang dicipta dengan tujuan untuk memuji kebesaran Tuhan. Contohnya, "Titir dan Zikir" karya Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) dan "Di Malam Gelita Joi" karya Suhaimi Haji Muhammad.
passion playdrama penyalibanKesusasteraanTiadaDrama keagamaan Kristian yang berkembang pada Zaman Pertengahan tentang kasih sayang, keperitan, kematian dan kebangkitan semula Jesus.
existentialismeksistensialismeKesusasteraanTiadaFahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang.
miracle playdrama mirakelKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat keagamaan dan mengisahkan para wali Kristian dan Virgin Mary tetapi tidak bersumberkan kitab Bible. Bentuk persembahan drama ini tidak wujud di England akibat peristiwa pembakaran buku agama oleh golongan reformasi. Walau bagaimanapun, sejumlah 42 buah drama mirakel masih wujud di Perancis, dan dikenali sebagai Miracles de Notre-Dame.
1234

Kembali ke atas