specific activity | keaktifan tentu | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Keaktifan sumber radioaktif dibahagikan dengan jisim sumber tersebut. Unit yang digunakan ialah Becquerel per gram (Bq/g). |
activity | keaktifan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci). |
coactivation | koaktifan | Sains Sukan | Biomekanik | Keaktifan serentak otot di sekeliling sendi. Contohnya, tindakan serentak otot agonis dan otot antagonis. |
nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
bioassay | biocerakin | Herba | Pemiawaian | Proses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut. |
polarimeter | polarimeter | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang digunakan untuk mengukur keaktifan optik suatu larutan atau cecair. Polarimeter terdiri daripada tiub yang mengandungi larutan, dua prisma Nicol, pengutub dan penganalisis serta kanta untuk membesarkan keamatan cahaya. Sumber cahaya monokromat digunakan seperti lampu natrium. Darjah putaran ditentukan dengan memutar penganalisis hingga ia bersilang dengan pengutub. bd. penganalisis. |
Arrhenius process | proses Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |
diverse ion effect | kesan ion pelbagai | Kimia | Kimia Analisis | Kesan yang disebabkan oleh ion-ion lain ke atas pemendakan akibat daripada kesan ion-ion itu kepada keaktifan ion pemendak. |
gene product | hasilan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Biomolekul seperti RNA dan protein yang terhasil daripada pengekspresan gen. Pengukuran jumlah produk gen ini kadang kala digunakan untuk menafsir keaktifan gen tersebut. Lihat juga ukuran pengekspresan gen. |