Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elektrik dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keamatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
signal intensitykeamatan isyaratTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB
radiation flux intensitykeamatan fluks sinaranKimiaKimia Analisislih. keamatan sinaran
radiation intensitykeamatan sinaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAmaun tenaga sinaran yang terdapat pada sesuatu masa dan tempat. Bagi tujuan keselamatan, sinaran keamatan diukur dalam unit Sievert (Sv) per jam dan bagi dedahan radiografi pula diukur dengan mA-minit bagi sinar-X atau Curie-jam bagi sinar gama.
radiation intensitykeamatan sinaranKimiaKimia AnalisisKadar aliran tenaga sinaran sesuatu atom atau molekul melalui satu unit luas permukaan yang normal terhadap alur sinaran. Ia juga dikenali sebagai keamatan fluks sinaran.
photometerfotometerKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau sinaran elektromagnet dalam daerah nampak. Alat ini terdiri daripada sumber sinaran, pengawal panjang gelombang dan pengesan keamatan cahaya.
Beer-lambert lawHukum Beer-lambertKimiaKimia AnalisisHukum yang menyatakan amaun cahaya atau tenaga sinaran yang diserap atau dipancar oleh suatu larutan adalah merupakan fungsi eksponen kepekatan spesies penyerap di dalam larutan itu dan panjang laluan optiknya. [ I = log Ioe-kcl, I0 = keamatan sinaran asal, I = keamatan sinaran terpancar, k = pemalar keserapan, c = kepekatan, l = panjang laluan optik] Ia boleh diringkaskan sebagai A = Io/I = kcl dengan A ialah serapan, k ialah keserapan molar dan diberi simbol E apabila kepekatan c dalam unit molar.
Raman effectkesan RamanKimiaKimia AnalisisPenyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh.
attenuation coefficientpekali pengecilanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena pengecilan yang terjadi apabila sinaran pengionan berinteraksi dengan bahan sehingga keamatan yang awal menjadi kurang apabila menembusi bahan tersebut. Pengecilan berlaku disebabkan oleh tindak balas kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, dan penghasilan berpasangan. Pekali pengecilan linear boleh diterangkan melalui formula seperti yang berikut: I = I0e^μx, Dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, I0 ialah keamatan awal, μ ialah pekali pengecilan linear, dan x ialah ketebalan bahan. Lihat juga kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, penghasilan berpasangan.
absorption coefficientpekali serapanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikUkuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan.
intensitykeamatanKesusasteraanPuisiKeadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti.
12345678

Kembali ke atas