signal intensity | keamatan isyarat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB |
CrossFit | CrossFit | Sukan | Tiada | 1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik. |
absorption coefficient | pekali serapan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ukuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan. |
radiation output | output sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar keamatan sinaran selama satu jam dalam unit Sievert (Sv) di udara yang berjarak satu meter daripada punca sinaran tanpa gangguan sinaran terserak untuk aktiviti 1 GBq. Output sinaran turut dikenali sebagai kecerahan spesifik, nilai RHM, atau faktor-K. |
compact disk (CD) | cakera padat (CD) | Fizik | Nanoteknologi | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |