Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.pu.ngan] | کأڤوڠن

Definisi : keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.pu.ngan] | کأڤوڠن

Definisi : kemampuan atau daya mengapung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keapungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.
gravity wavegelombang gravitiSains MarinTiadaGelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan yang dijana di permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di batas, di antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil. Gelombang graviti pada permukaan udara laut dikenali sebagai gelombang graviti permukaan, manakala gelombang yang berada dalam jasad air pula dikenali sebagai gelombang dalaman. Gelombang yang disebabkan oleh angin pada permukaan air adalah seperti gelombang graviti yang menghasilkan tsunami dan pasang surut lautan.

Kembali ke atas