Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaikan

Peribahasa

Mengambil puntung pemukul kepala.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benefit of selectionfaedah pemilihaninsuransTiadaKebaikan yang diperoleh oleh insurer melalui pemilihan risiko insurans yang teliti.
agglomeration advantagekelebihan pengelompokanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKelebihan atau kebaikan bagi bandar yang terhasil daripada pengelompokan bandar terutama sekali dari segi infrastruktur.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
volitionkerelaanPerubatanPsikiatriKesediaan untuk mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan demi kebaikan diri pesakit itu sendiri.
psychomachiapsychomachiaKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang menunjukkan konflik personifikasi antara kejahatan dengan kebaikan. Contohnya, dalam sajak panjang Yunani pada kurun keempat berjudul Psychomachia hasil karya Prudentius. Istilah ini digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penggambaran alegori perjuangan antara yang baik dengan jahat. Psychomachia juga digunakan untuk membicarakan wacana naratif fantasi.
volitionkerelaanKejururawatanTiadaTindakan atau kesanggupan mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan untuk kebaikan diri pesakit itu sendiri.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
paternalismpaternalismePerubatanPsikiatriSikap kebapaan yang menjadikan seseorang bertindak membuat sebarang keputusan untuk orang lain demi kebaikan, walaupun keputusan tersebut tidak dipersetujui.
utilitarianismutilitarianismeKejururawatanTiadaTeori etika yang menekankan bahawa keputusan tindakan perlu diterima oleh masyarakat majoriti dan membawa pada kebenaran atau kebaikan.
realismrealismeKesusasteraanTiadaSuatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif.
12

Kembali ke atas