servant leadership | kepemimpinan kebaktian | Pentadbiran | Tiada | Keupayaan seorang pemimpin dalam membangunkan pekerja dengan menggilap sepenuhnya potensi mereka ke arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap. Misalnya, kepemimpinan komuniti, motivasi kendiri dan kemampuan kepemimpinan masa hadapan. |
literary epic | epik sastera | Kesusasteraan | Tiada | Naratif panjang yang menceritakan kebaktian seseorang tokoh yang bersifat kewiraan. Epik sastera dikarang dengan baik dan rapi menggunakan teknik serta gaya epik. Biasanya, epik tulisan mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan sempurna berbanding epik rakyat kerana epik ini berbentuk tulisan. Epik sastera memperlihatkan semua konvensi dan ciri-ciri epik dan ditulis untuk tujuan bacaan dan bukannya disampaikan secara lisan. Karya bertajuk Divine Comedy oleh Danie and Aeneid oleh Virgil ialah contoh epik bertulis dari Barat. Dalam dunia Melayu, Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya epik Melayu yang bertulis walaupun tidak diketahui pengarangnya. Contoh epik lain yang bertulis ialah Hikayat Pocut Muhammad, sebuah epik Aceh yang ditulis oleh Teungku Lam Rukam. Epik sastera dikenali juga sebagai epik tulisan atau epik sekunder. |
litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |
Bhakti poetry | puisi Bhakti | Kesusasteraan | Tiada | Puisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�. |