Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ban.ji.ran] | کبنجيرن

Definisi : 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ban.ji.ran] | کبنجيرن

Definisi : 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanjiran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deportationpengusiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengarahkan individu atau kumpulan keluar dari sesebuah negara dan kembali ke negara asalnya. Contohnya, dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, antara langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam konteks ini, langkah pengusiran seperti ini tidak bersalahan dengan undangundang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pengusiran juga boleh berlaku dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Pengusiran merupakan perbuatan memaksa dengan kekerasan sekumpulan manusia supaya beralih keluar merentasi sempadan negara dari tempat tinggal yang sah tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Pengusiran seperti ini adalah salah satu perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan.
alienorang asingSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti

Kembali ke atas