fiber cushion | kusyen serat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan. |
folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik. |
one-size-fits-most | satu saiz padan kebanyakan | Fesyen | Tiada | Berkait dengan satu saiz yang sesuai untuk pelbagai saiz yang berbeza. |
omnibus clause | fasal omnibus | insurans | Tiada | Perjanjian dalam kebanyakan polisi liabiliti automobil dan beberapa jenis lain, yang memperluaskan perlindungan polisi kepada mereka yang termasuk dalam takrif istilah insured, tanpa menamakan mereka dalam polisi. Contoh: polisi yang melindungi insured ternama serta yang tinggal bersamanya. |
extended term insurance | insurans sementara lanjutan | insurans | Tiada | Peruntukan dalam kebanyakan polisi insurans hayat yang menyediakan opsyen untuk meneruskan perlindungan insurans yang sedia ada sebagai insurans sementara untuk selama tempoh yang boleh dibeli dengan nilai serahan polisi asal. Peruntukan ini ialah salah satu opsyen tidak lucut hak yang tersedia untuk insured jika premium tidak dibayar dalam masa tempoh tenggang. |
alterative | alteratif | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk membersihkan darah. Kebanyakan herba alteratif meningkatkan tindakan pembersihan darah oleh limpa, hati, buah pinggang dan usus besar. Herba ini digunakan dalam jangka masa panjang untuk memberikan kesan nyahtoksik keseluruhan aliran darah secara berperingkat yang akan meningkatkan penghadaman, asimilasi dan rembesan glandular. Contoh herba ini ialah daun mambu, bawang putih, pegaga dan ginseng. |
herd immunity | imuniti kelompok | Kesihatan Awam | Tiada | Kerentanan sesuatu kelompok kerana kebanyakan individu dalam kelompok tersebut rentan kepada serangan dan penyebaran sesuatu agen jangkitan. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
infrahistoria | infrahistoria | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos. |
mitochondrion | mitokondrion | Fizik | Nanoteknologi | Membran biologi yang mengurungi organel dan ditemui dalam kebanyakan sel eukariotik. Satu sel eukariotik yang tipikal mengandungi kira-kira 2000 mitokondria dan membentuk kira-kira 20% daripada isi padu keseluruhannya. Membran ini dapat mengubah molekul makanan dalam bentuk molekul ATP untuk menyimpan tenaga. Lihat juga adenosina trifosfat (ATP). |