Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
normal valencevalensi normalKejuruteraanTiadaValensi yang ditunjukkan oleh kebanyakkan sebatian sesuatu unsur.
metagenesismetagenesisBiologiEkologiPerselangan generasi antara generasi seks dan aseks yang menunjukkan bahawa pembiakan seks telah ditunda. Misalnya, pada kebanyakkan selenterat, medusa atau individu seks tidak terhasil terus daripada telur, tetapi pada tunas yang gugur daripada hidroid atau fasa aseks yang mendahuluinya.
honey funguskulat maduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulat Armillaris mella daripada kelas Basidiomycetes yang menyebabkan reput pangkal pada kebanyakkan kayu keras dan kayu konifer. Kulat ini mempunyai rizomorf yang berbentuk bebenang tebal yang menyerupai tali kasut.
charcoal kilntanur arangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanur yang diperbuat daripada logam atau batu-bata untuk tujuan menghasilkan arang kayu. Di Malaysia, tanur arang kebanyakkan berbentuk kubah dan dibina di kawasan hutan paya bakau.
methyl bromidemetil bromidaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFormula CH3Br. Racun serangga berbentuk gas yang dihasilkan daripada tindak balas asid hidrobromik dan metanol. Gas ini tidak berwarna dan larut dalam kebanyakkan pelarut organik dan digunakan untuk mengawal anai-anai kayu kering, anai-anai tanah, nematod, kulat dan rumpai. Racun ini biasanya digunakan dalam proses pewasapan kayu.
volume tablesifir isipaduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJadual yang menerangkan anggaran kandungan isipadu pokok kayu balak atau kayu gergaji bagi satu ukuran yang diberikan atau lebih. Ukuran yang terdapat dalam kebanyakkan siifr isipadu pokok ialah garis pusat atau lilit aras dada dan tinggi, dan beberapa sukatan tentang ketirusan batang kayu.
copper naphtenatekumprum naftenatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan pepejal atau cecair likat berwarna hijau tua yang terhasil daripada tindak balas langsung antara garam kuprum terlarutkan dan asid naftenik. Bahan ini tidak larut dalam air tetapi larut dalam kebanyakkan pelarut organik dan mempunyai bau yang busuk. Larutan kuprum naftenat sudah lama digunakan sebagai pengawet kayu.
chromatekromatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFormula CrO42. Oksi-anion yang paling ringkas bagi unsur kromium enam valensi. Garam daripada ion dikromat Cr2O72 berwarna kuning atau warna pinang masak, larut dalam air dan berbentuk hablur. Garam ini digunakan dalam kebanyakkan pengawet kayu bauran air, kerana kebolehannya membentuk sebatian tak larut dalam kayu dengan beberapa ion lain, seperti kuprum, zink, arsenat, dan fosfat. Kromat bertindak sebagai penghalang karat dalam larutan pengawet.
dry frictiongeseran keringMekanikGunaanGeseran yang berlaku di antara dua permukaan pepejal yang bersentuhan dalam keadaan tak berpelincir. Daya geseran wujud pada arah tangen dengan permukaan sentuh yang berkenaan dalam tempoh menuju kepada keadaan gelangsaran jangkaan dan juga setelah berlakunya gelangsaran. Daya geseran bertindak pada hala yeng merintangi kecenderungan gelangsaran. (Prinsip geseran kering kebanyakkan didasarkan pada eksperimen yang dijalankan oleh Coumlomb pada tahun 1781 dan pada penyelidikan Morin dari tahun 1831 hingga ke tahun 1834.) Geseran kering juga dinamai geseran Coulomb.

Kembali ke atas