cyberprivacy | kebersendirian siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Hak orang perseorangan atau organisasi untuk menafikan atau mengehadkan koleksi dan penggunaan maklumat mereka dalam siber. |
data privacy | kebersendirian data | Teknologi Maklumat | Tiada | Keadaan apabila data tidak boleh dicapai oleh pengguna tanpa kebenaran. |
information privacy | kebersendirian maklumat | Teknologi Maklumat | Tiada | Hak orang perseorangan atau organisasi untuk menafikan atau mengehadkan koleksi dan penggunaan maklumat. |
data privacy | kebersendirian data | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Data yang mengandungi kesemua maklumat peribadi seseorang pengguna rangkaian komputer seperti nama, alamat, status, jantina, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang tidak boleh didedahkan kepada umum melainkan mendapat persetujuan daripada pengguna tersebut. |
privacy of information | kebersendirian maklumat | Teknologi Maklumat | Tiada | Keadaan yang menyekat pengguna tanpa kebenaran mendapatkan data individu daripada pangkalan data. |
privacy transformation | penjelmaan kebersendirian | Teknologi Maklumat | Tiada | Penyulitan mesej bagi memastikan mesej tidak dicapai oleh mereka yang tidak berkenaan. |
virtual private network | rangkaian persendirian maya | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian yang dilaksanakan pada talian rangkaian awam atau Internet. Rangkaian ini menggunakan perkakasan dan perisian khas yang menggunakan penyulitan dan protokol penerowongan supaya dapat mengekalkan kebersendirian kepada pengguna rangkaian. |