Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiasaannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate expirytamat tempoh perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempoh bagi sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh autoriti perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang diberikan oleh autoriti perakuan ialah satu tahun.
furkidhaiwan manjaanVeterinarTiadaHaiwan peliharaan, kebiasaannya kucing atau anjing yang sangat manja dan sering menemani pemiliknya seolah-olah seperti anak mereka.
treatmentrawatanPerikananAkuakulturPenyembuhan sesuatu jangkitan. Rawatan kebiasaannya dilaksanakan selepas punca penyakit dikenal pasti, iaitu dengan menggunakan ubat yang bersesuaian mengikut dos dan tempoh yang tertentu.
deoxyribonucleic acidasid deoksiribonukleikBiologiGenetikMolekul asid nukleik yang kebiasaannya berbebenang dua, berpintal membentuk heliks ganda dua, dan mengandungi tulang belakang deoksiribosa-fosfat yang diikat dengan pasangan bes purina (adenina dan guanina) dan pirimidina (timina dan sitosina). DNA mengandungi bahan genetik bagi kesemua organisma hidup dan sesetangah virus. DNA.
deoxyribonucleic acidasid deoksiribonukleikBiologiGenetikMolekul asid nukleik yang kebiasaannya berbebenang dua, berpintal membentuk heliks ganda dua, dan mengandungi tulang belakang deoksiribosa-fosfat yang diikat dengan pasangan bes purina (adenina dan guanina) dan pirimidina (timina dan sitosina). DNA mengandungi bahan genetik bagi kesemua organisma hidup dan sesetangah virus. DNA.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.
deciduous dentitionkegigian desidusPergigianTiadaStatus pergigian semasa kanak-kanak. Kebiasaannya gigi desidus yang pertama akan mula erupt pada usia 6 bulan dan gigi terakhir akan erupt pada usia 2½ tahun. Kegigian desidus yang lengkap berjumlah 20 batang gigi yang terdiri daripada 10 batang di rahang atas dan 10 batang di rahang bawah. Jenis gigi ialah 2 insisor, 1 kanin dan 2 molar di setiap bahagian rahang kiri atau kanan. Gigi desidus ini akan mula digantikan dengan gigi kekal apabila usia kanak-kanak tersebut meningkat 6 - 7 tahun dengan tumbuhnya gigi insisor kekal atas atau bawah.
DASH dietdiet DASHMakanan dan PemakananPemakananPelan corak pemakanan yang kebiasaannya dicadangkan kepada individu yang ingin mencegah atau merawat hipertensi dan mengurangkan risiko penyakit hati. Diet DASH menekankan pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran serta produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh, kekacang, ikan, dan ayam dengan mengurangkan pengambilan daging merah, mentega, dan makanan tinggi lemak. Gabungan diet DASH dengan pengambilan natrium (garam) yang rendah lebih berkesan untuk menurunkan hipertensi.
globular proteinprotein globulFizikNanoteknologiSatu protein berbentuk seperti sfera yang kebiasaannya larut dalam cecair akueus. Molekul daripada kumpulan bukan kutub pada protein ini terikat kepada molekul dalaman, sementara molekul daripada kumpulan kutub terikat keluar bagi membenarkan saling tindak dwikutub dengan pelarut. Protein ini dapat bertindak sebagai enzim, pengawal proses biologi, penghantar dan stok asid amino. Contoh utama protein ini ialah hemoglobin dan imunoglobulin.
Ludwigia sp.Ludwigia sp.PerikananAkuakulturTumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya dan boleh hidup di dalam air. Daun tumbuh-tumbuhan ini berada di luar air dan bersaiz antara 0.5 – 2.0 cm panjang dengan 0.25 cm lebar. Daun yang berada di dalam air lebih panjang dan nipis berbanding dengan daun yang berada di luar air. Antara jenis Ludwigia sp. ialah Ludwigia sedioides, Ludwigia arcuata, Ludwigia brevipes, Ludwigia grandulosa, Ludwigia inclinata, Ludwigia ovalis, Ludwigia palustris dan Ludwigia repens.
12345678910...

Kembali ke atas