internal noise | hingar dalaman | Sains Kesihatan | Tiada | Kebisingan yang dihasilkan oleh komponen elektrik seperti amplifier, transistor dan mikrofon dalam suatu alat seperti alat bantu pendengaran. |
tappet noise | bising tapet | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kebisingan yang berlaku disebabkan kelegaan yang tinggi atau besar di antara penutup injap dengan aci sesondol. |
resonator | pengalun | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang dipasang dalam sistem ekzos untuk mengurangkan aras kebisingan. |
muffler | peredam bunyi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang dipasang dalam sistem ekzos, yang digunakan untuk mengurangkan aras kebisingan bunyi gas ekzos. |
ear plug | palam telinga | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat untuk menutup lubang telinga ketika bekerja di bahagian yang mempunyai aras kebisingan tinggi. |
Fourier transformation nuclear magnetic resonans | resonans magnet nukleus transformasi Fourier | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah yang menggunakan sampel yang disinarkan dengan suatu denyut meliputi semua frekuensi radio secara serentak. Tenaga yang terhasil adalah komposit frekuensi radio bagi kesemua nukleus yang dirakamkan dalam dominan masa. Kaedah transformasi Fourier digunakan bagi mendapatkan isyarat dalam domain frekuensi melalui langkah matematik dengan menggunakan komputer. Kaedah ini lebih pantas dan dapat memberi nisbah isyarat-kebisingan yang lebih baik. |