Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebocoran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blowbykebocoran pintasKejuruteraanKejuruteraan MekanikKebocoran yang terjadi apabila berlakunya letupan dalam kebuk pembakaran di dalam enjin yang menyebabkan minyak, udara dan lembapan dipaksa melalui gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol. Kesan daripada keadaan ini ialah prestasi enjin menurun kerana keadaan ini menyebabkan mampatan dalam kebuk pembakaran menurun. Apabila gas yang sedang mengembang keluar melepasi gelang omboh, gas tersebut tidak dapat menolak omboh ke bawah secara efektif untuk menggerakkan kenderaan. Akibatnya, enjin kekurangan kuasa kuda dan enjin menggunakan lebih banyak minyak untuk melakukan kerja. Selain itu, minyak, udara dan lembapan yang masuk ke dalam kotak engkol mencemarkan dan mencairkan minyak pelincir di dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan pelapik silinder dan gelang omboh haus sehingga tidak berupaya mengedap kawasan tersebut.
leakage factorfaktor kebocoranHidrologiTiadaKepanjangan cirian suatu akuifer bocor (besar bagi kebocoran yang kecil dan sebaliknya) ditakrifkan sebagai hasil darab punca kuasa-dua keterusan akuifer utama dan lapisan separa-menekan yang terdapat di atas atau di bawahnya.
electronic leak detectorpengesan kebocoran elektronikKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPeranti elektronik yang memancarkan ton boleh dengar. Perubahan ton berlaku apabila terdapat kebocoran pada bahan pendinginan.
sprinkler leakage insuranceinsurans kebocoran perenjisinsuransTiadaInsurans yang memberikan perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh air mengalir secara tidak sengaja daripada perenjis atau yang disebabkan oleh kebocoran perenjis. Insurans ini tidak melindungi kerosakan akibat pancutan perenjis disebabkan oleh haba kebakaran.
sprinkler leakage insuranceinsurans kebocoran perenjisPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang memberikan perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh air mengalir secara tidak sengaja daripada perenjis atau yang disebabkan oleh kebocoran perenjis. Insurans ini tidak melindungi kerosakan akibat pancutan perenjis disebabkan oleh haba kebakaran.
leak detectorpengesan bocorKejuruteraanTiada1. Peralatan untuk mengesan kebocoran dalam sistem vakum yang menggunakan helium.,2. Peranti untuk mengesan tempat berlakunya kebocoran pada sistem vakum tinggi.
leak hunterpencari bocorKejuruteraanTiada1. Peralatan untuk mengesan kebocoran dalam sistem vakum yang menggunakan helium.,2. Peranti untuk mengesan tempat berlakunya kebocoran pada sistem vakum tinggi.
helium leak detectorpengesan bocor heliumKejuruteraanTiada1. Peralatan untuk mengesan kebocoran dalam sistem vakum yang menggunakan helium.,2. Peranti untuk mengesan tempat berlakunya kebocoran pada sistem vakum tinggi.
linear patchtampalan pelapikKejuruteraanPetroleumTiub berombak yang dibuat daripada keluli tertekan digunakan untuk memperbaiki kebocoran selongsong yang terdapat pada telaga. Biasanya berbentuk bergelombang ataupun mempunyai permukaan yang tidak rata. Tiub ini dimasukkan ke dalam selongsong berkenaan hingga pada kedalaman tempat berlakunya kebocoran, kemudian disimenkan di tempat yang bocor dengan menggunakan gentian kaca dan damar epoksi.
isolation testujian pemencilanKejuruteraanKejuruteraan MekanikKaedah mengesan kebocoran dalaman pada komponen dalam satu sistem pengepaman dengan cara mengasingkan sistem daripada pam. Komponen akan dibekalkan tekanan daripada pam dan diikuti pula dengan pemerhatian kadar peningkatan tekanan di bahagian keluar komponen yang diuji. Peningkatan tekanan di bahagian keluar komponen menunjukkan berlakunya aliran kebocoran. Antara komponen yang boleh diuji dengan kaedah ini ialah injap dan silinder.
12345678910...

Kembali ke atas