aphasia | afasia | Sains Sukan | Biomekanik | Kecelaruan untuk merancang perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan yang berlaku pada sistem saraf. Afasia memberi kesan kepada kebolehan memahami perkataan atau kebolehan bertutur. |
figure-ground | kebolehan mengecam | Pendidikan | Tiada | Kebolehan untuk mengenal pasti, mengeluarkan dan memilih satu atau beberapa objek dalam persekitaran yang terdiri daripada objek-objek lain. Contohnya mengutip keluar satu pensel berwama merah daripada bekas pensel, mencari satu nama dalam direktori telefon atau mendengar namanya dipanggil dalam persekitaran yang bising. |
mothering ability | kebolehan mengibu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kelakuan yang diperlihatkan oleh haiwan betina selepas melahirkan anak untuk memastikan anak yang dilahirkan dapat terus hidup. Contoh kebolehan mengibu ibu lembu ialah ibu lembu akan menyusukan anaknya dan melindunginya daripada bahaya. |
parental competency | kewibawaan keibubapaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa. |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�. |
virulence | kevirulenan | Herba | Pemiawaian | Kebolehan sesuatu mikroorganisma untuk menghasilkan bahan patogenik yang menyebabkan penyakit. Kevirulenan mikroorganisma boleh dihilangkan dengan menggunakan ekstrak herba yang bersifat antimikrob, seperti minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus). |
convergence | penumpuan | Pendidikan | Tiada | Kebolehan untuk mengarah atau mengacu kedua-dua mata dengan tepat terhadap objek yang sama pada jarak dekat pada masa yang sama. |
immunity | keimunan | Kejururawatan | Tiada | Kebolehan badan lentuk menentang jangkitan dengan kehadiran antibodi dan sel-sel darah putih. |
creativity | daya cipta | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan mencipta sesebuah karya sastera dan sebagainya. |
digital competency | kecekapan digital | Pendidikan | Tiada | Kebolehan individu menggunakan teknologi digital untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan berkesan. |