Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.sa.nan] | کبوسنن

Definisi : 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.sa.nan] | کبوسنن

Definisi : rasa atau keadaan bosan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebosanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boredomkebosananPendidikanTiadaTiada
boredomkebosananPsikologiTiadaTiada
social boredomkebosanan sosialSosiologiTiadaTiada
diversional activityaktiviti alih perhatian/aktiviti penyimpanganPerubatanTiadaSesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pesakit untuk memenuhi masa lapangnya bagi mengelakkan kebosanan.
pacetempoKesenianDrama dan TeaterKawalan kelajuan gerak untuk menimbulkan kesan dramatik supaya dapat mengekalkan tumpuan penonton. Pergerakan yang terlalu perlahan boleh menimbulkan kebosanan manakala pergerakan yang terlalu laju boleh menyebabkan kekeliruan.
retardationkerencatan tempoKesenianDrama dan TeaterTeknik kelajuan gerak yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesan tertentu kepada penonton. Perjalanan gerak boleh diperlahankan bagi menimbulkan kesan kebosanan dan penyeksaan atau dipercepat untuk mengelirukan penonton. Contohnya, kerencatan tempo yang diperlahankan dapat dilihat dalam drama Waiting For Godotkarya Samuel Beckett.
neomodernismneomodenismeKesenianSeni BinaGerakan seni yang muncul pada penghujung abad ke-20 yang mempengaruhi perkembangan kebudayaan dan kehidupan manusia termasuk dalam bidang seni dan seni bina. Kewujudan neomodenisme adalah disebabkan kegagalan dalam seni bina moden yang dikatakan timbul �rasa kebosanan� dalam keseragaman bentuk bangunan, ketiadaan identiti dan pengaruh yang kuat daripada proses industrialisasi dalam komponen bangunan. Pengamal neomodenisme mereka bentuk bangunan dengan menampilkan bentuk-bentuk tiga dimensi, berasaskan geometri, kurang menonjolkan aspek warna dan tekstur, serta menolak sebarang hiasan pada bangunan termasuk hiasan klasik tetapi lebih menonjolkan teknologi/tektonika (seni pembinaan). Para arkitek neomodenisme memanfaatkan bentuk, penggunaan bahan, warna serta struktur yang membuatkan neomodenisme berkembang kemudiannya menjadi beberapa aliran seperti aliran plastisisme dan aliran teknologi tinggi (high-tech).

Kembali ke atas