Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup; ~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, me­ngandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan diguna­kan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggu­nakan atau membebaskan bahan atau gas beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1 liang yg dipasangi omboh (di dlm enjin kereta). 2 tabung atau kayu berongga utk membuat laksa. 3 ruang atau rongga tertutup. ~ awan ist alat yg digunakan utk mengkaji pelbagai fenomena berkaitan radioaktif. ~ wasap ist kebuk yg digunakan sbg tempat utk menjalankan uji kaji makmal yg menggunakan atau membebaskan gas beracun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rhomboid reactorreaktor romboidBioteknologiTiadaBioreaktor tegak dan bersiri yang terbina daripada kebuk-kebuk berbentuk rombus berleher sempit yang membolehkan peredaran biopemangkin dan substrat. Karbon dioksida yang dihasilkan menjadi daya penggerak untuk peredaran bahan-bahan dalam bioreaktor ini.
false curvaturekelengkungan palsuKejuruteraanTiadaLandasan yang dilalui oleh kumin-kumin akibat tindak balas yang tidak dapat dikesan, dapat dilihat dalam kebuk kabus, kebuk gelembung, kebuk pembakaran atau dalam pancaran cahaya dari kamera semasa menangkap gambar.
stability chamberkebuk kestabilanFarmasiFarmaseutikAlat yang digunakan untuk ujian kestabilan sesuatu bahan. Persekitaran di dalam kebuk boleh dikawal dari segi suhu, kelembapan dan pencahayaan. Sinonim kebuk persekitaran, kebuk kelembapan. Lihat juga ujian kestabilan.
shock tubetabung kejutanFizikMekanikTabung panjang yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian kebuk mampatan dan bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk mampatan, gegendang tersebut akan pecah dan gelombang kejutan yang terhasil dalam bahagian kebuk
cold chamberkebuk sejukAeroangkasaTiadaKebuk di bawah paras suhu 0oC untuk menguji peralatan bahagian struktur dan lain-lain.,Kebuk di bawah paras suhu 0oC untuk menguji peralatan bahagian struktur dan lain-lain.
cloud chamberkebuk awanKimiaTiadaKebuk yang mengandungi udara yang tepu lampau dengan wap (lazimnya alkohol) yang digunakan untuk mengkaji zarah asas sampel radioaktif. Zarah seperti elektron, proton dan zarah alfa berkeupayaan mengionkan molekul di dalam kebuk sewaktu zarah ini bergerak. Ion yang tertinggal dalam jejakan zarah merangsang kondensasi wap menjadi cecair, dengan itu jejak zarah dapat dilihat di dalam kebuk tersebut.
fume chamberkebuk wasapKimiaTiadaKebuk yang digunakan sebagai tempat untuk menjalankan uji kaji makmal yang menggunakan atau membebaskan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk mengekstrak gas beracun tersebut.
ionization chamberkebuk pengionanFarmasiTiadaKebuk berisi gas pada tekanan rendah yang mengandungi dua elektrod dan terdapat voltan tinggi di antara kedua-dua elektrodnya. Kebuk pengionan digunakan untuk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan melalui arus yang terhasil daripada pengionan gas di antara elektrod. Berguna antaranya untuk menentukan sumber radioaktif.
ionization chamberkebuk pengionanKimiaTiadaKebuk berisi gas pada tekanan rendah yang mengandungi dua elektrod dan terdapat voltan tinggi di antara kedua-dua elektrodnya. kebuk pengionan digunakan untuk mengesan, mengukur dan mengkaji sinaran pengionan melalui arus yang terhasil daripada pengionan gas di antara elektrod. Misalnya, pembilang Geiger-Muller.
irisirisVeterinarPraklinikalGegelang tisu berbentuk leper dan melekat pada sklera. Iris membahagi ruang antara kanta dengan kornea kepada kebuk anterior dan kebuk posterior. Iris mengandungi melanin yang memberi warna pada mata dan juga mengawal paras cahaya dalam mata melalui pembukaan bulat di tengahnya yang dikenali sebagai pupil.
12345678910...

Kembali ke atas