claw defect | kecacatan kuku; kecacatan cakar | Veterinar | Tiada | Tiada |
foetal defect | kecacatan fetus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi. |
cerebral palsy | palsi serebral | Sains Sukan | Biomekanik | Kecacatan pada bahagian otak yang melibatkan kawasan korteks motor primer, basal ganglia dan serebelum, atau mana-mana kombinasi kawasan tersebut. Kecacatan pada korteks motor primer akan mengakibatkan spastik dan kecacatan pada serebelum pula menyebabkan ataksia, manakala kecacatan pada ganglia basal menyebabkan diskinesia. |
subsurface flaws | kecacatan subpermukaan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kecacatan yang wujud beberapa milimeter di bawah permukaan bahan. |
inherited defect | kecacatan terwaris | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu ciri ketidaksempurnaan atau kekurangan yang diwarisi. Kecacatan terwaris boleh disebabkan oleh mutasi atau perubahan pada DNA. |
semen seminal defect | kecacatan seminal semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kualiti kandungan semen yang tidak mencapai tahap normal. Kecacatan seminal semen akan mengurangkan kualiti semen dan penghasilan anak. |
burl | pepusar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kecacatan bentuk kayu yang berlaku pada pokok semasa proses pertumbuhan. Bentuk kecacatan yang biasa berlaku ialah benjolan pada batang atau dahan pokok yang dipenuhi oleh mata-mata kayu. Pepusar boleh berlaku disebabkan keadaan persekitaran atau akibat tindakan manusia. |
static marks | tanda statik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kecacatan fizikal pada filem radiografi yang telah diproses. Kecacatan ini berlaku disebabkan oleh pelepasan elektrik statik di dalam atau pada lapisan emulsi sebelum diproses. |
over writing | tulisan berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Kecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah. |
chromosomal abnormality | keabnormalan kromosom | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu keadaan apabila terdapat kecacatan pada kromosom disebabkan penambahan bahan genetik, kehilangan sebahagian atau keseluruhan kromosom, atau pembentukan kromosom yang tidak sempurna. Keabnormalan kromosom boleh juga berpunca daripada kecacatan penyusunan bahan genetik pada kromosom. Dua jenis keabnormalan kromosom boleh berlaku semasa meiosis, iaitu aberasi nombor kromosom dan aberasi struktur kromosom. Haiwan yang mempunyai keabnormalan kromosom akan menunjukkan tanda fizikal tertentu seperti kekerdilan pada lembu. |