make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
aesthetic value | nilai estetik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Nilai keindahan atau kecantikan sesuatu objek. |
cosmeceutical | kosmeseutikal | Herba | Tiada | Produk kosmetik yang mengandungi bahan bioaktif untuk memberikan kesan kecantikan dan kesihatan tubuh. Produk ini terdiri daripada bahan kosmetik yang difomulasi dengan bahan farmaseutikal. Contohnya, produk antipenuaan, antikedut, pemutih kulit, antibintik dan jerawat. |
herbal product | produk herba | Herba | Tiada | Keluaran yang mengandungi herba dan digunakan dalam kehidupan seharian merangkumi produk kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman herba. |
antique | antik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barang-barang seperti perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang bernilai tinggi kerana kecantikan, mutu hasil kerja dan usianya yang melebihi 100 tahun. Bilangannya juga sangat sedikit serta sukar dijumpai. |
realism | realisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
nobility | kebangsawanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi sekumpulan masyarakat khususnya dalam masyarakat feudal. Golongan ini berkedudukan hampir dengan raja atau pemerintah, mendapat penghormatan daripada orang ramai, memiliki kedudukan ekonomi yang baik dan berupaya mempengaruhi kuasa politik di wilayah yang diwakilinya atau tempat asal kedatangannya. Nilai budaya ini selalu dikaitkan dengan tingkah laku yang tertib dan teratur, kemewahan dan kecantikan, penuh dengan bintang dan gelaran, sensitif dengan protokol dan dihormati oleh orang ramai. Contohnya, golongan bangsawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka atau golongan bangsawan Inggeris yang dikaitkan dengan golongan Lord pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20. |