Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecekapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reaction mass efficiencykecekapan jisim tindak balasTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah pengukuran kecekapan apabila jisim reaktan yang bertindak balas bertukar kepada produk yang ditentukan. Kecekapan jisim tindak balas biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan merupakan metrik pengukuran tahap kehijauan sesuatu proses atau sintesis.
carbon efficiencykecekapan karbonTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah jumlah karbon dalam produk terhadap jumlah karbon yang terdapat dalam semua reaktan. Kecekapan karbon yang tinggi menggambarkan proses tindak balas pembuatan produk yang efektif. Kecekapan karbon boleh dijadikan sebagai salah satu sistem pengukuran piawai hijau dalam strategi penilaian pelepasan sisa karbon ke persekitaran.
volumetric efficiencykecekapan isi paduKejuruteraan AutomotifEnjinkeupayaan menyedut udara bagi sesebuah enjin yang diungkapkan sebagai nisbah isi padu sebenar udara ambien yang disedut kepada isi padu silinder enjin. Kecekapan isi padu boleh dikira dalam kiraan peratus jisim atau isi padu. Dalam operasi enjin yang tipikal, kecekapan isi padu menjadi tinggi pada kelajuan enjin rendah dan berkurangan apabila kelajuan enjin bertambah. Walau bagaimanapun, kecekapan isi padu boleh ditingkatkan melebihi 100% melalui penggunaan pengecas turbo dan pengecas lampau. Lihat juga interpendingin.
breeding efficiencykecekapan pembiakbakaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu ukuran jangka masa yang membolehkan induk betina ternakan dikawankan semula selepas menghasilkan anak yang sihat. Contohnya, kecekapan pembiakbakaan pada lembu perlu berlaku dalam jangka masa 12 bulan.
economic efficiencykecekapan ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSituasi setiap sumber dengan mengambil kira semua faktor dalam pembuatan yang digunakan secara optimum dan berhemat. Kecekapan ekonomi diamalkan secara menyeluruh untuk memastikan tiada penghasilan sisa atau penjanaan sisa yang minimum.
atom efficiencykecekapan atomTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah jisim molar produk yang dikehendaki terhadap jisim molar semua bahan tindak balas pada reaksi stoikiometrik. Kecekapan atom dikira berdasarkan penukaran atom kepada produk utama tanpa sisa atau tanpa produk sekunder.
column efficiencykecekapan turusKimiaKimia AnalisisKemampuan turus memisahkan suatu campuran dengan baik. Ia boleh digambarkan oleh puncak-puncak yang tajam dan jelas terpisah di antara satu sama lain dalam kromatogram. Kecekapan turus ditunjukkan oleh bilangan plat teori ataupun nilai tinggi setara plat teori, H.
scavenging efficiencykecekapan pembilasan sisaKejuruteraan AutomotifEnjinKadar sapuan gas ekzos dari ruang pembakaran oleh campuran udara-bahan api. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan bermula dan lejang ekzos hampir berakhir pada enjin dua lejang. Kecekapan tinggi menghasilkan pembakaran lebih sempurna tetapi pembaziran bahan api berlaku kerana sebahagian campuran udara-bahan api terlepas keluar bersama ekzos.
efficiencykecekapanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNisbah antara keluaran dengan masukan, atau antara nilai sebenar dengan nilai teori.
engine efficiencykecekapan enjinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNisbah antara kuasa sebenar yang dibekalkan dengan kuasa yang boleh dihantar.
12345678

Kembali ke atas