Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.la.ruan] | کچلاروان

Definisi : perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecelaruan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antisocial personality disorderkecelaruan personaliti antisosialKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah.
apraxiaapraksiaSains SukanBiomekanikKecelaruan untuk memprogramkan perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan pada sistem saraf pusat. Kecelaruan ini menyebabkan kegagalan untuk merancang dan melaksanakan satu tugas motor akibat kesukaran untuk mengkoordinasikan otot dan pergerakan.
dissociative disorderkecelaruan disosiatifPerubatanPsikiatriGangguan atau kegagalan fungsi ingatan, kesedaran atau persepsi.
personality disorderkecelaruan personalitiKejururawatanTiadaGangguan perilaku seseorang dari segi mental dan fizikal akibat gangguan patologi yang dicirikan dengan perubahan emosi dan mental.
hoarding disorderkecelaruan tabiat umpukanPsikologiTiadaKecenderungan individu yang mempunyai tabiat suka mengumpul barang secara berlebihan dan mengalami kesukaran untuk membuang barang-barang tersebut, tanpa mengambil kira sama ada barang tersebut tidak lagi bernilai atau telah sedia ada sebelum ini.
central auditory processing disorderskecelaruanSains KesihatanTiadaKetidakupayaan sistem auditori saraf pusat memproses dan mentafsir maklumat supaya menjadi maklumat yang bermakna.
post-traumatic stress disorderkecelaruan tekanan pascatraumaKriminologiKeadilan JenayahReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun.
posttraumatic stress disorder (PSTD)kecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiTiadaReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.
aphasiaafasiaSains SukanBiomekanikKecelaruan untuk merancang perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan yang berlaku pada sistem saraf. Afasia memberi kesan kepada kebolehan memahami perkataan atau kebolehan bertutur.
paedophiliapedofiliaKriminologiKeadilan JenayahKecelaruan klinikal yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkannya memiliki kecenderungan tarikan atau fantasi seksual terhadap kanak-kanak yang belum atau hampir mencapai akil baligh, iaitu pelaku merupakan individu yang berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan lima tahun berbeza umur dengan kanak-kanak tersebut.
12

Kembali ke atas