taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
primacy of politics | keperdanaan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku. |
renaissance | nahdah | Kesusasteraan | Tiada | Zaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�. |