weak artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan lemah | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kecerdasan terhad buatan. |
strong artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan kukuh | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kecerdasan umum buatan. |
machine intelligence | kecerdasan mesin | Teknologi Maklumat | Tiada | Keupayaan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah. |
artificial general intelligence (AGI) | kecerdasan umum buatan (AGI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang tidak terhad dan mempunyai kemampuan kognitif (pengetahuan) setaraf dengan manusia seperti pemprosesan bahasa dan imej. |
artificial super intelligence (ASI) | kecerdasan super buatan (ASI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan. |
artificial narrow intelligence (ANI) | kecerdasan terhad buatan (ANI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya. |
collaborative intelligence tools | alat kecerdasan kolaboratif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola. |
large language model (LLM) | model bahasa besar (LLM) | Kecerdasan Buatan | Tiada | Tiada |
contelligence | kesedarcerdasan | Fizik | Nanoteknologi | Nilai ambang bagi kekuatan dan kecerdasan yang diperlukan dalam rangkaian neural buatan untuk memindahkan data. |
spatial computing | pengkomputeran reruang | Teknologi Maklumat | Tiada | Gabungan dunia digital dan fizikal dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. |