hybrid vigour | kecergasan hibrid | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecenderungan haiwan daripada hasil kacukan menunjukkan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan induknya. Contoh haiwan yang mempunyai kecergasan hibrid selalunya bersaiz lebih besar atau lebih tinggi daripada induk betina atau jantan. |
CrossFit | CrossFit | Sukan | Tiada | 1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik. |
specificity principle | prinsip kekhususan | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa setiap jenis atau kaedah latihan akan memberi kesan kepada satu komponen kecergasan. Hal ini demikian kerana tiada satu kaedah khusus yang dapat meningkatkan semua komponen kecergasan. Ketika memilih kaedah latihan fizikal, atlet perlu memilih latihan yang khusus dan sesuai supaya usaha tersebut memberi kesan dan manfaat kepada komponen kecergasan yang ingin ditingkatkan. |
reversibility principle | prinsip kebolehbalikan | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu. |
fitness centre | pusat kecergasan | Pelancongan | Tiada | Tempat individu melakukan senaman dan biasanya terhad kepada ahli sahaja. |
fitness facilities | kemudahan kecergasan | Pelancongan | Tiada | Infrastruktur dan peralatan yang disediakan untuk melakukan senaman. |
active ecotourism | ekopelancongan aktif | Pelancongan | Tiada | Aktiviti ekopelancongan yang berasaskan kecergasan, seperti mendaki gunung, menunggang kuda dan menyelam di dasar laut. |
alterative | alteratif | Herba | Fitoterapi | Ubat atau bahan daripada tumbuhan yang berupaya memulihkan fungsi badan dan meningkatkan kecergasan. |
motor performance | lakuan motor | Sains Sukan | Biomekanik | Kajian berkaitan proses dengan psikologi dan fisiologi yang mempengaruhi prestasi motor, dan merangkumi aspek kawalan, pembelajaran dan perkembangan motor. Bagi seseorang atlet, kecergasan lakuan motor membawa maksud kemahiran yang tinggi dalam penggunaan tenaga secara minimum bagi menghasilkan daya dan hasil yang maksimum. |
overload principle | prinsip lebih beban | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet. |