Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
angermarahKejururawatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
despairputus asaKejururawatanTiadaPerasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan.
asmaradanaasmaradanaKesusasteraanPuisiPuisi yang mengemukakan perasaan sedih dan kecewa kerana kegagalan bercinta. Susunan bentuk atau struktur fizikalnya terdiri daripada tujuh baris dalam setiap bait. Contohnya, puisi "Asmaradana" yang dikenali juga tembang.
cri de coeurrintihan jiwaKesusasteraanPuisiGambaran perasaan sedih, kecewa, kesal dan lain-lain yang menimpa diri seseorang. Contoh puisi yang mengandungi perasaan rintihan jiwa dapat dilihat pada puisi "Gadis di Kuburan" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.
strawberry generationgenerasi strawberiTeknologi Maklumate-PembelajaranGenerasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis.
expressive murderpembunuhan berperasaanKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan dengan mangsa yang didorong oleh perasaan seperti cemburu, kecewa dan marah. Kebiasaannya, pembunuhan ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan atau persediaan terlebih dahulu. Contohnya, pembunuhan yang disebabkan oleh cinta tiga segi atau kecurangan dalam perkahwinan.
lyrical subjectsubjek lirikKesusasteraanPuisiSesuatu perkara yang menjadi tumpuan pemikiran penyair dalam puisinya yang berhubung dengan luahan perasaan. Umpamanya perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
female murderpembunuhan wanitaKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang pada lazimnya dilakukan oleh lelaki dengan menyasarkan wanita sebagai mangsa kerana mangsa ialah wanita. Contohnya, pembunuhan wanita yang dilakukan oleh lelaki kerana perasaan kecewa terhadap wanita tersebut. Contoh lain ialah pembunuhan bayi oleh ahli keluarga kerana bayi itu perempuan.
idiomidiomKesusasteraanPuisiUngkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa.
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?
12

Kembali ke atas