Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecil;

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanoplanktonnanoplanktonSains MarinTiadaPlankton bersaiz nano dalam julat ukuran 2-20 mikrometer. Contohnya, kumpulan Protista eukariot yang bersaiz kecil, diatom kecil, flagelata kecil, krisofita, firofita, klorofita dan xantofita.
shoestring districtdaerah berbelanjawan kecilSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang sedikit walaupun wilayah tersebut tidak semestinya bersaiz kecil. Peruntukan yang kecil menyebabkan wilayah ini tidak mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Perkembangannya sederhana selaras dengan perbelanjaan yang digunakan. Kebanyakan kawasan yang memilih calon pembangkang dalam pilihan raya sering menjadi kawasan yang berbelanjawan kecil apabila tindakan kerajaan negeri dan pusat meminggirkan proses pembangunan kawasan tersebut.
nanoporenanoliangFizikNanoteknologiLiang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA.
heaterpemanasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyinar kecil atau teras pemanas kecil, yang dipasang di bawah papan pemuka, yang mengedarkan bahan pemanas untuk memanaskan ruang di dalam kenderaan.
atomistic economy, small economyekonomi kecilEkonomiTiada1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import.
soft magnetic materialbahan magnet lembutFizikNanoteknologiBahan yang mempunyai daya paksa kecil dan ketakisotropi kecil. Bahan ini mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan. Bahan magnet lembut digunakan dalam meter gegelung bergerak untuk mengukur arus elektrik. Contohnya, besi.
small endhujung kecilKejuruteraan AutomotifEnjinHujung rod penghubung yang disambung kepada omboh dengan menggunakan cemat omboh. Hujung kecil ini disumbat dengan sesendal cemat omboh untuk mengurangkan geseran. Sinonim hujung kecil rod.
small private online course (SPOC)kursus kecil tertutup dalam talian (SPOC)Teknologi Maklumate-PembelajaranKaedah kursus terbuka raya dalam talian (MOOC) versi kecil dengan model pelaksanaan berbeza dengan melibatkan kursus yang direka khas dan tertutup untuk sekumpulan kecil pelajar tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih terkawal, mudah ditaksir dan dapat memastikan kadar tamat yang lebih baik. Lihat juga kursus terbuka raya dalam talian (MOOC).
thumbnailkecil-TiadaVisual kecil bagi imej atau halaman.
small-angle scatteringserakan sudut kecilNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 � 10�) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel.
12345678910...

Kembali ke atas