green paradigm | paradigma hijau | Pelancongan | Tiada | Pemikiran yang berasaskan kecintaan terhadap alam sekitar. |
green tourism | pelancongan hijau | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang berasaskan kecintaan terhadap alam sekitar. |
green traveller | pengembara hijau | Pelancongan | Tiada | Penjelajah yang mempunyai pemikiran dan kecintaan terhadap alam sekitar. |
nationalist | nasionalis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air. |
madrigal | madrigal | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi pendek yang mengandungi tema dan persoalan cinta serta kecintaan pada kedesaan yang masih belum tercemar keindahannya. Riasanya puisi ini dijadikan nyanyian. Sinonim puisi cinta. |
supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |