Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmacyfarmasiSains KesihatanTiada1. Kedai atau bahagian kedai yang menjual dan memberikan ubat. 2. Perkerjaan atau bidang sains yang melibatkan pembuatan ubat.
gift shopkedai cenderamataPelanconganTiadaKedai yang menjual pelbagai cenderamata yang melambangkan sesebuah tempat, destinasi atau negara.
pop-up storekedai munculanPentadbiranTiadaKedai sementara yang beroperasi dalam tempoh masa yang singkat.
shop frontmuka kedaiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBahagian depan sesebuah kedai.des
showroomingtinjau bilik pameranUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
showroomerpeninjau bilik pameranUmumTiadaPembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
webroomingtinjau bilik pameran mayaUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai dalam talian untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal.
webroomerpeninjau bilik pameran mayaUmumTiadaPembeli yang melihat-lihat produk yang ingin dibeli di kedai dalam talian, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal.
medical hallkedai ubatSains KesihatanTiadaNama lain bagi premis farmasi yang lebih dikenali di Ireland.
art shopkedai seniPelanconganTiadaTempat yang menjual hasil seni yang berkaitan dengan budaya setempat.
1234

Kembali ke atas