Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
kedaifan
kedaifan
[ke.da.Öi.fan]/[ke.da.Öi.fan] |
کضعيفن
Definisi :
perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.da.Öi.fan]/[ke.da.Öi.fan] |
کضعيفن
Definisi :
keadaan daif; kelemahan; kehinaan.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
kedaifan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(6)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(1)
Khidmat Nasihat
(1)
Artikel Akhbar
(5)
Artikel Majalah
(3)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
haiku
haiku
Kesusasteraan
Tiada
Sejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (
kedaifan
), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (dengan imej keabadian) yang ditampilkan seiring dengan gangguan lompatan katak menimbulkan kesan rasa
kedaifan
, kesepian dan kesementaraan. Sesungguhnya, haiku amat rapat dengan fahaman Zen Buddhism, dan haiku dianggap sebagai suatu cara untuk kembali kepada alam. Selain Basho, penyair haiku yang tersohor ialah Issa dan Buson. Di luar Jepun, haiku mempengaruhi penyair Barat, khususnya penyair imagis seperti Ezra Pound pada abad ke-20.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...