Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedalaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sequencing depthkedalaman penjujukanBioinformatikBioinformatik MolekulSalah satu parameter yang digunakan dalam penjujukan genom untuk menunjukkan bilangan bes yang dijujukkan untuk sesuatu sampel. Formula bagi kedalaman penjujukan adalah seperti yang berikut: Kedalaman Pensampelan = (panjang genom x liputan x 100) / kelimpahan. Sinonim kedalaman pensampelan.
abyssal depthkedalaman abisSains MarinTiadaSempadan kedalaman atas di antara zon abis dengan zon pelagik yang suhu airnya ialah 4 darjah celcius dan kedalaman ini berbeza antara 1000 m dan 3000 m.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
mesopelagicmesopelagikSains MarinTiadaLapisan zon pelagik yang berada di bawah zon epipelagik dan di atas dari zon batipelagik. Zon mesopelagik bermula pada kedalaman 200 m hingga kedalaman 1000 m. Mesopelagik juga dikenali sebagai zon pelagik tengah. Zon ini hanya menerima sedikit cahaya matahari menyebabkan fotositensis tidak belaku.
compensation depthkedalaman pampasanSains MarinTiadaKedalaman di lautan yang berlaku dalam turus air lautan yang kadar penghasilan unsur kalsitnya (contohnya, kalsium karbonat) berkurangan berbanding dengan kadar kelarutan yang berlaku (contohnya, tiada kalsium karbonat yang mendak di dasar laut).
sampling depthkedalaman pensampelanBioinformatikBioinformatik MolekulLihat kedalaman penjujukan.
depth of penetrationkedalaman penusukanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikNilai kedalaman gelombang bunyi yang boleh menembusi ke dalam sampel bahan uji. Nilai ini berkait rapat dengan frekuensi prob.
height of tideketinggian pasang surutSains MarinTiadaJarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m.
foreslopecerun depanSains MarinTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut.
fatomfatomSains MarinTiadaUnit ukuran bagi depa jarak panjang yang bersamaan dengan 6 kaki (1.8 m). Unit ini biasanya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut. Alat yang selalunya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut ialah fatometer dan kaedah ini dikenali sebagai fatogram.
12345

Kembali ke atas