Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terentang, terhulur lurus (tangan dll); mengedangkan menghulurkan (tangan dll) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dll), meluruskan (tangan dll): maka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah; terkedang terbaring mengunjur, terkejur: Tuk Wan ~ di atas tilam buruk dlm bilik di anjung dapur; gedang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ukir bulan kedang(Ib.)ukir bulan kedang(Ib.)KesenianTiadaSurik berbentuk separuh bulatan.
tulang daingtulang daingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae, dan juga nama lain bagi genus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jenerek, urat rusa, dan kayu rindu, di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia al-biflora, M. atropurpurea, dan M.vasta. Gubal kayu kayu daing sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat jingga dan kadangkal mempunyai zon parenkima yang berwarna lebih muda. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima, dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar dikerjakan, tidak tahan, dan mudah diserang kulat dan serangga. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan dalaman, perabot, dan kotak.

Kembali ke atas