Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.ra.san] | کدرسن

Definisi : 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.ra.san] | کدرسن

Definisi : 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kederasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
(speed)kederasanMekanikGunaanLihat laju.
cutting speedkederasan memotongPerhutananTiadaTiada
hyperpsychosishiperpsikosisPerubatanTiadaAktiviti mental yang berlebihan dengan kederasan aliran fikiran yang abnormal.
wind gauge judgehakim tolok anginSukanTiadaPegawai yang menyukat kederasan angin.
wind gaugetolok anginSukanTiadaAlat yang digunakan untuk menyukat kederasan arah angin, yang diletakkan di bahagian lurus lorong balapan, atau di landasan lompat jauh atau lompat kijang.
wind gauge report formborang catat deras anginSukanTiadaBorang yang digunakan untuk mencatat kederasan angin semasa sesuatu acara balapan atau lompatan dijalankan.
scalarskalarMekanikGunaanSebarang kuantiti yang mempunyai magnitud tetapi tidak mempunyai arah. Kesan kuantiti ini dalam sesuatu analisis bergantung pada magnitudnya semata-mata. Kuantiti skalar yang kerap ditemui dalam ilmu mekanik termasuk jisim, masa dan kederasan. Dari segi matematik, kuantiti skalar dikendalikan mengikut hukum-hukum algebra yang biasa. Lihat juga vektor.
velocityhalajuMekanikGunaanKadar sesaran terhadap masa. jika perubahan kedudukan, atau sesaran, yang berlaku dalam masa infinitesimal dt ialah ds, maka halaju v diberikan oleh hubungan v = ds/dt diukur dalam unit m.s-1. (Perhatikan bahawa halaju ialah kuanti vektor. magnitud bagi halaju dinamai ‘kederasan’ atau ‘laju’).

Kembali ke atas