Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.di.na.mi.kan] | کديناميکن

Definisi : keadaan atau sifat dinamik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedinamikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
peresteroikaperestroikaSains PolitikPolitik PerbandinganProgram penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut.

Kembali ke atas