Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parental conflictkonflik ibu bapaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah.
F2 generationgenerasi F2PenternakanGenetik dan PembiakbakaanGenerasi dalam kalangan genetik dan pembiakan. Generasi F2 atau Generasi kedua mewakili generasi filial kedua atau hibrid F2 bagi haiwan yang terhasil daripada pengawanan antara induk F1.
cardioMEMScardioMEMSFizikNanoteknologiPeranti untuk memantau jantung seperti tekanan darah dan kadar denyutan yang terdiri daripada dua bahagian. Pertama, sensor berasaskan teknologi mikroelektromekanik (MEMS) yang diimplan pada jantung. Kedua, sistem elektronik luar. Kedua-dua bahagian ini berkomunikasi tanpa wayar.
lambda transitionperalihan lambdaFizikNanoteknologiKeadaan peralihan fasa orde kedua dalam bahan. Contohnya, peralihan fasa cecair helium pertama ke cecair helium kedua yang dapat dicerap melalui perubahan tak selanjar muatan haba. Peralihan ini berlaku pada suhu 2.2K (takat lambda).
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
detonationletusanKejuruteraan AutomotifEnjinLetupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97.
ring gapcelah gelangKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di antara kedua-dua hujung gelang omboh apabila dipasang di dalam silinder. Ruang ini mempunyai ukuran tertentu untuk membenarkan gelang mengembang apabila enjin panas dan kedua-dua hujung gelang tidak bertolakan antara satu sama lain.
asymmetry hearing losshilang pendengaran tak simetriSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang tidak sama pada kedua-dua telinga. Tahap ambang pendengaran dan jenis kecacatan pendengaran berbeza antara kedua-dua telinga.
formbentukKesusasteraanTiadaPrinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen.
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
12345678910...

Kembali ke atas