copy | kopi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menyalin data dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dalam satu fail. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |
IOW block | blok IOW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah. |
hierarchy | hierarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Klasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel. |
release | lepas | Sains Kesihatan | Tiada | Pergerakan organ pertuturan dari kedudukan artikulasi ke kedudukan rehat. |
supreme | terutama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi. |
throttle-position sensor | penderia kedudukan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengukur bukaan dan kedudukan injap pendikit dan menghantar maklumat kepada komputer yang mengawal pancutan bahan api. Singkatan TPS. |
heteroptropia | heterotropia | Sains Kesihatan | Tiada | Kedudukan aktif paksi mata yang menyisih dari kedudukan aktif mata yang satu lagi. Dikenali juga sebagai mata juling. |
heterophoria | heteroforia | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan kedudukan pasif mata yang menyisih dari kedudukan aktifnya. |
hyperphoria | hiperforia | Sains Kesihatan | Tiada | Kedudukan pasif mata yang menyisih ke atas dari kedudukan aktifnya. |